Thursday, 25 August 2011

TAKBIR RAYA VERSI MELAYU

Hari ini 26 Ramadhan/ 26 Ogos 2011. Lagi 3 hari Raya.

Setiap kali menjelang Hari Raya, kita akan mendengar Takbir Raya yang mendayu. Bermula malam pengumuman raya hinggalah ke akhir raya. Bagi yang jauh di perantauan dan tak ada can nak balik raya mula rasa sayu. Sentimentel. Tengah dengar lagu heavy metal pun boleh nangis.  Begitulah hebatnya Takbir Raya di Malaysia. Mendayu-dayu, sayu. Ada semacam satu impak yang kuat untuk mengajak semua orang menangis. Kalau tak meraung pun menangis dalam kain. Cover line bro.

Zaman RasulAllah dulu tak ada takbir macam di Malaysia . Melodinya lebih kepada kegembiraan. Pitchingnya lebih tinggi. Temponya pun agak lebih cepat. Kerana mereka gembira menyambut Syawal selepas sebulan bersusah payah berpuasa. Lebih kurang macam orang sorak bila Harimau Malaya jaringkan gollah agaknya. Tapi taklah seteruk itu. Itulah yang sebenar-benarnya Takbir di Zaman RasulAllah. Takbirnya mood gembira. Bukan sedih. Hari Raya disambut di tempat mana mereka berada. Tiada istilah balik kampung siapa dulu. Atau tahun ini turn rumah siapa. Maka tidak berlakulah pergaduhan di pagi raya kerana berebut nak balik kampung mana dulu. Tiada juga perceraian suami isteri kerana tak mahu ikut balik ke kampung mana.

Takbir di Malaysia telah dimodify. Temponya telah diperlahankan. Pitchingnya telah direndahkan. Moodnya mood sedih. Maka larilah sudah konsep asal bergumbira setelah 'menang' dalam 'perjuangan' bulan Ramadhan. Kalau dah menang, sepatutnya kita kena gembiralah. Kenapa sedih?. Oo.. katanya sedih nak meninggalkan Bulan Ramadhan yang mulia ini.  Tapi Semayang Tarawih tak pergi. Nak sedih macamana?. Baru 2 minggu puasa, engkorang dah start mintak radio pasang lagu raya. Belum puasa, engkorang dah beli baju raya. Awal Ramadhan, bermacam2 kueh Raya dah promote dalam Facebook. Semuanya persiapan adalah untukmenyambut Syawal. Bukan menyambut Ramadhan. Ye tak?  Jadi, teori yang kata tempo Takbir Raya perlahan sebab nak bersedih meninggalkan Ramadhan tak boleh diterima.

Tapi takper. Jangan risau. Islam tak bermusuh dengan adat. Selama mana ia tidak bertentangan dengan syariat, maka hukumnya harus. Belilah baju raya banyak-banyak. Buatlah persiapan raya seawal mungkin. Kalau boleh, untuk tahun depan, buat persiapan dalam tahun ini. Itulah namanya perancangan.

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin

Zahed
Putrajaya